Sistem eROSES 2.0 ialah sebuah sistem digital bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi menambah baik pengurusan dan pentadbiran pertubuhan berdaftar di Malaysia. Sistem ini membolehkan urusan seperti pendaftaran pertubuhan, pengemaskinian maklumat, penghantaran dokumen serta pemfailan penyata tahunan dilaksanakan secara dalam talian dengan lebih cekap, selamat dan teratur. Pembangunan eROSES 2.0 bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, mengurangkan kebergantungan kepada proses manual, serta memastikan tadbir urus pertubuhan yang lebih telus dan sistematik.